Category: Berita Harian

Pembatalan projek mega jejas ekonomi | Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal berdepan masalah jika semua projek mega dihentikan seperti dimahukan pembangkang jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan, Nasihat dan Teknologi (CREATE), Ng Yeen Seen, berkata pengambilalihan kuasa oleh pembangkang akan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara dan kemungkinan menyebabkan Malaysia ketinggalan di belakang Thailand, Vietnam dan Indonesia menjelang 2023.

Read More
Berita Harian: 13 dipilih duta belia TN50

PUTRAJAYA: Seramai 13 individu yang berjaya dalam bidang masing-masing dipilih sebagai duta belia Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang berperanan mendekati anak muda bagi mendengar idea dan aspirasi mereka.

Mereka yang dipilih adalah Naib Presiden Persatuan Penulis dan Ilustrator Buku Kanak-kanak, Sarah Joan Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Saora Industries, Ganesh Muren; Pengasas Teach For Malaysia, Dzameer Dzulkifli. Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Beyond Boundaries, Dr Lutfi Fadil Lokman; Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Research, Advisory and Technology (CREATE), Ng Yeen Seen; Presiden Majlis Belia Malaysia, Muamar Ghadafi Jamal; bekas atlet skuasy, Sharon Wee; Ketua Pegawai Inspirasi Gemilang 4e, Zhariff Afandi.

Read More